Tentang Kami

Hai Semua! Selamat Datang ke JerukJar!

Kami amat berbesar hati kerana sudi singgah ke website kami. Kalau yang dah rasa jeruk kami, kami ucapkan berbanyak terima kasih atas sokongan anda.

Pemulaan JerukJar Dari Rumah

Dimana Kami Bermula

Resipi JerukJar bermula sejak 2015 di dapur kecil salah seorang pengasas JerukJar - Lily. Permintaan untuk makanan jeruk daripadanya semakin kian meningkat.

Sejak itu, kami menusun langkah dan melebarkan sayap ke Semenanjung Malaysia untuk kawan-kawan kami sesame menikmati resipi dari Broneo.

Tentang JerukJar

Pengasas-pengasas JerukJar adalah peminat jeruk yang bersemangat. Untuk membuat makanan yang membawa kegembiraan dan kenangan manis, di JerukJar, kami memastikan bahawa:

  1. Bahan-bahan dan buah-buahan yang berkualiti tinggi dan segar sahaja digunakan

  2. Process pembuatan adalah selamat sejak awal sehinggalah ia selamat dalam perut anda!

Bahan-bahan dan buah-buahan keperluan pembuatan adalah terus dari ladang dan kami menyelitikan kebersihan kesemuannya.

Secara ringkas: makanan, sensasi, dan jenama daripada JerukJar boleh dipercayai.

JerukJar Guna Bahan Segar and Selamat
JerukJar Membawa Keceriaan

Inspirasi Kami

JerukJar ingin membawa memori yang manis dan gembira dikongsi melalui makanan kenangan.

Sensasi ini adalah seperti komuniti Malaysia dimana kegembiraan dirasai ketika menikmati lauk yang dimasak oleh emak kami, berkongsi makanan dengan jiran dan komuniti, berseronok dan bergurau sesama kita dengan Teh Ais dan Kopi-O.




Pengasas JerukJar

JerukJar terdiri daripada satu pasukan wanita ceria dari Sarawak!

JerukJar Co-Founder - Lily Liew

Lily Liew

Beliau gemar memasak dan mencuba makanan dan resipi baru dari masa ke semasa.

Kegemaran:

  • Makanan-makanan kampung seperti sayur ulam-ulaman, masakan resipi tradisional.

Hobby:

  • Memasak, membuat kerja amal di pusat haiwan, menonton wayang, menyanyi, bersukan.

Moto:

  • "Tiada masa yang disia-siakan jika anda belajar sesuatu" ("Nothing is a waste of time if you learn something")

JerukJar Co-Founder - Jasmine Suraya

Jasmine

Bagi yang suka layan cerita-cerita Malaysia, mungkin anda akan kenal gadis kecil molek ini. Terkenal dengan watak Lily dalam Paskal, Suzie dalam Adella Sofea, Jasmine juga suka makan jeruk!

Impian:

  • Untuk melebarkan sayap dalam bidang lakonan di Hollywood

Hobby:

  • Suka tidur

  • Seorang peminat tegar drama-drama Korea

  • Suka cuci pinggan mangkuk dan memandu sebab ia merupakan terapi untuk beliau.

Moto:

  • Jikalau anda ubah, dunia anda akan berubah juga! - Dialog film "Two Weeks Notice"

Suka Profil Kami?

Kunjungilah kedai e-commence kami di: